Friday, December 23, 2011

Agenda apakah ini?


Pelaksanaan Saraan Baru pada kali ini memang banyak adegan “hidden agenda”. Diwar-warkan kononnya Saraan Baru ini akan dapat meningkatkan sumber pendapatan kakitangan awam. Namun pada hakikat semuanya “indah khabar dari rupa”. Yang benar-benar akan mendapat faedah ialah golongan PTD dan pegawai tinggi kerajaan.

Sehingga hari  ini kakitangan bawahan belum lagi mendapat Lampiran C untuk mengetahui sejauh mana kenaikan gaji yang mereka akan perolehi sebaliknya tempoh untuk menandatangani opsyen sudahpun bermula pada 16hb dan akan tamat pada 30 Disember 2011.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 tidak dimuat naik ke dalam portal JPA sebaliknya diberikan secara terus kepada Bahagian Sumber Manusia semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam bentuk dokumen “terhad” dan sulit. Padahal Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 tentang SBPA boleh dimuat turun daripada portal JPA tetapi Lampiran C yang berkaitan dengan skim gaji ditiadakan. Sebab itulah kakitangan awam tak tahu berapakah gaji yang akan mereka perolehi pada tahun 2012. 

Sebaliknya PP 12 Tahun 2011 dilampirkan sekali dengan jumlah gaji yang akan diperolehi oleh pegawai tinggi kerajaan (tetapi tiada dalam portal) yang kenaikannya memang “gila-gila” iaitu seperti berikut:

Premier 1 - RM60,000.00
Premier 2 - RM45,000.00
Premier 3 - RM40,000.00
Premier 4 - RM35,000.00

Jadual Pemindahan Gaji dari SSM ke SBPA (Dalam RM sebulan)
Turus - 1 8,745.51 > 16,145.00
           2 9,620.06 > 17,020.00
           3 10,582..07 > 17,985.00
           4 11,640.28 > 19,040.00
           5 12,698.49 > 20,100.00
Utama A - 1 7,887.03 > 15,070.00
               2 8,652.00 > 15,835.00
               3 9,491.25 > 16,675.00
               4 10,411.99 > 17,595.00
               5 11,332.73 > 18,530.00
               6 12,253.47 > 19,440.00
(KUP)
Utama B - 1 7,290.00 > 14,065.00
               2 7,997.86 > 14,775.00
               3 8,774.45 > 15,550.00
               4 9,626.45 > 16,405.00
               5 10,478.45 > 17,255.00
               6 11,330.45 > 18,110.00
(KUP)
Utama C - 1 6,688.03 > 12,250.00
               2 7,337.44 > 12,900.00
               3 8,049.91 > 13,615.00
               4 8,831.56 > 14,395.00
               5 9,613.21 > 15,180.00
               6 10,394.86 > 15,960.00
               
Lihatlah betapa jauhnya kenaikan gaji yang akan diperolehi oleh PTD dan pegawai tinggi kerajaan.
Sebaliknya kumpulan kakitangan bawahan hanya mendapat beberapa sen sahaja kenaikan gaji. Maka dengan sebab itulah kerajaan (dengan duit rakyat) terpaksa membelanjakan lebih kurang RM200 juta kenaikan gaji bagi pegawai tinggi ini sahaja dan sedikit untuk keseluruhan kakitangan bawahan.

AGENDA APAKAH???
Pelarasan sepatutnya merapatkan jurang perbelanjaan gaji sebaliknya ia makin menjarakkan dan terlalu jauh pula.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...