Sunday, November 6, 2011

Diagnosis Stroke - FAST

Alamak!!Kalau herot mulut kesan ditampar, masih ok lagi  lah sebab ia akan pulih  dalam masa beberapa hari. Namun, amat berbeza  sekali sekiranya diserang stroke...aduhai!!! Madre amat risau dengan perkembangan mutakhir dimana anak2 yg masih muda lingkungan usia dua puluhan pun boleh diserang stroke.  Penat sudah meleterkan anak2  yg asyik menghadap komputer tanpa melakukan aktiviti riadhah.Celik2 saja mata sampailah naik matahari..tak berganjak menghadap benda alah yg "berpuaka" ini.  Bukan apa..Madre  tengok kebanyakan mereka yg diserang stroke ini TIDAK mengamalkan gaya hidup sihat.  Makan, makan, makan....sampai  tengah malam pun masih mengunyah makanan sambil menghadap komputer. Apa ni??? korang tak sayangkan diri sendiri, macam mana nak menyayangi  diri orang lain? tolonglah! beringatlah nak oii.. Minta2 jangan lah ada yg  terkena serangan stroke ni, tapi kalau dah berikhtiar menjauhinya , masih  juga tak dapat nak elak..korang ikutlah tip berikut untuk membantu mangsa serangan stroke tu...

Tip  nak mendiagnos  stroke  iaitu FAST http://www.faizalbobby.com

F-face-muka senget, atau muka lumpuh

A-arm-tangan lemah atau lumpuh, sama ada sebelah tangan atau kedua-duanya

S-speech-susah nak bercakap, atau cakap tidak difahami (slurred speech@aphasia). Untuk mengetahui bagaimana aphasia dizahirkan. Sila tonton petikan filem ini. (sila pause audio piano buat sementara untuk mendengar audio dari video ini)



T-time- ini SANGAT-SANGAT PENTING. Selalunya stroke ini disebabkan dua perkara;
 1. Salur darah di kepala tersumbat atau bahasa perubatannya thrombosis 
 2.Salur darah di kepala pecah . Sekiranya stroke disebabkan thrombosis, pesakit PERLU DIHANTAR KE HOSPITAL SECEPAT-CEPATNYA dan rawatan TPA (tissue plasminogen activator) perlu diberikan sepantas mungkin supaya segala salur darah dapat dibuka kembali dan otak “bernafas” kembali. Sekiranya lewat, mungkin sel otak telah mati, TPA tidak lagi berkesan, dan lumpuh seumur hidup. Sekiranya stroke disebabkan sebab kedua, tiada apa yang mampu dilakukan kerana selalunya sel otak yang mati tidak lagi dapat diselamatkan.

Maka hubungilah 999 secepat mungkin atau hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk menyelamatkannya.
Ada cara yang lebih mudah untuk memudahkan kalian memastikan angin ahmar ini iaitu STR

S- smile –suruh pesakit itu senyum

T-Talk- suruh pesakit bercakap satu ayat lengkap dengan jelas dan tidak gugup

R-raise hands- suruh pesakit mengangkat kedua-dua tangan ke atas

Kegagalan melakukan salah satu pergerakan tersebut  memerlukan anda menghubungi 999 secepat mungkin, lebih-lebih lagi sekiranya pesakit didapati terjatuh, kepala terhantuk, ada kecederaan di kepala, tidak boleh bangun selepas tidur atau ada darah tinggi dan kencing manis yang sangat susah untuk dikawal.

Anda boleh melayarinya di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...