Tuesday, November 29, 2011

Perbezaan antara إن شاء الله dan إنشاء الله

(:http://www.abqarie.com/)

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى, seringkali kita menyebut Insya-Allah dalam kehidupan harian kita malah ianya sudah pun dilagukan seperti yang dinyanyikan oleh Maher Zain.

Menyebut Insya-Allah memang dituntut oleh Islam terutama apabila kita ingin atau berhasrat melakukan sesuatu yang belum pasti berlaku melainkan dengan izin Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 23-24 dalam surah Al-Kahfi :
وَلاَ تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً {23} إِلاَّ أَن يَشَاءَ اللَّهُ

Maksudnya "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah".

Para mufassirin berkata, tatkala orang Yahudi bertanyakan Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tentang roh, Ashabul Kahfi dan Dzul Qarnain, Nabi - صلى الله عليه وآله وسلم - menjawab kepada mereka "Saya akan beritahu kamu semua esok", Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tidak menyebut Insya-Allah. Lalu wahyu tertahan daripada turun selama 15 hari lamanya . Kemudian Allah menurunkan ayat ini menyuruh baginda - صلى الله عليه وآله وسلم - dengan menambah istisnaa (pengecualian) dengan menggunakan "dengan kehendak Allah". Jadi, jika seseorang berkata: aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti, maka sebutlah Insya-Allah. [rujukan: فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراي & تفسير القرطبي]

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepentingan penggunaan Insya Allah dalam pembicaraan seorang muslim pada setiap masa. 

Fokus utama yang saya ingin bicarakan di sini ialah bagaimana untuk menulis "Insya Allah" dengan cara yang betul dalam tulisan Arab. Ini kerana, ada yang menulisnya sebagai إنشاء الله, dan ada yang menulis dengan إن شاء الله. Jadi, mana satukah yang tepat ejaannya?

Dalam kitab شذور الذهب karangan Ibnu Hashim ada menyebutkan bahawa makna kata kerja إنشاء yang menjadi asas penulisan إنشاء الله ialah "mengadakan/mewujudkan/mencipta" sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 35:

إِنَّـآ أَنشَأنَهُنَّ إِنشَـآءً 

Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa".

Jadi, jika kita menulis Insya-Allah dalam tulisan Arab sebagai إنشاء الله, maka ia memberi maksud "menjadikan Allah", - Maha Suci Allah daripada bersifat demikian - dan ini adalah salah sama sekali, kerana Allah tiada makhluk yang menjadikanNya. Ia bersifat Azali, Qidam, Baqa'.

Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu dengan إن شاء الله, bukannya إنشاء الله .

Lafaz إن شاء الله memberi pengertian kemahuan Allah. Dalam kitab Mu'jam Lisaan al-Arab (معجم لسان العرب), makna kata kerja شــاء ialah "mahu/kehendak". Jadi, apabila kita menulis إن شاء الله, seolah-olah kita berkata "dengan kehendak/keinginan Allah kami berbuat sekian..sekian.." Firman Allah Taala dalam surah al-Insan, ayat 30:

وَمَا تَـشَـآءُونَ إِلا أَنْ يَـشَـآءَ اللهُ 
Mafhumnya: "Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah..."

Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang ketara daripada segi makna antara perkataan إن شاء الله dan إنشاء الله . Oleh itu, hendaklah kita melazimi penulisan Insya-Allah dalam bahasa Arab itu dengan ejaan إن شاء الله . Kalimah إن شاء الله bermaksud "jika Allah kehendaki" atau biasa diterjemahkan sebagai "jika Allah izinkan". Terjemahan secara terperincinya ialah:

إن = Jika
شاء = mahu/kehendaki/ingin - (ini adalah kata kerja)
الله = Allah 

Sekian. Mudah-mudahan bermanfaat.
by:http://www.abqarie.com/

SEBARKAN, INI ADALAH IMLU YANG BERGUNA DAN MASIH RAMAI YANG BELUM MENGERTAHUI AKAN HAL INI.
WALLAHUALAM

Sunday, November 27, 2011

Tanda-tanda MUNAFIK


Ya ALLAH Jauhkan Aku Daripada 50 Tanda-Tanda MUNAFIK Ini...........

(Gambar Ini Mungkin ada kena -mengena dengan Tajuk ini atau mungkin tiada kena mengena apapun anda sendiri yang boleh menilainya...)

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)
Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah Muhasabah dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.

50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi. Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruf.

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

10. Mengamalkan Riyak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji.

14. Bakhil

15. Fitnah Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab: Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturraheem

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman

Semoga dapatlah kita bermuhasabah.....

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia


"Setelah sekian lama menginap di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing bagi mereka.

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini.

Di tempat asing tersebut, para sperma berlumba-lumba pula menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati sang ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.

Setelah mereka berdua bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi zigot. Setelah membesar menjadi embrio, berhijrah pula ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi hingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.
Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan indah. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan bakal terus membesar dan membesar menjadi seorang manusia.
Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...
"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)

hasil karya : www.solihinzubir.com 

Thursday, November 24, 2011

Please, never leave me alone.

http://www.facebook.com/iloveallaah

The Prophet (SallAllahu Alyhi wasallam) said to his companions: 
"Shall I not tell you some words which, if distress or grief befalls any of you and he makes this du'aa, it will bring him joy? It is the du‘aa’ of Dhoo’l-Noon (i.e. Yunus or Jonah): 

لاَ إِلَهَ إِلَّا أنْـت سُـبْحانَكَ إِنِّي كُنْـتُ مِنَ الظّـالِميـن

‘Laa ilaaha illa Anta, subhaanaka inni kuntu min al-zaalimeen.
‘There is no God but You, Glory to You; verily I was one of the wrongdoers.’" 
(Saheeh al-Jaami‘, no. 2605).

••►It was narrated that Sa’d ibn Abi Waqqaas (may Allaah be pleased with him) said: The Prophet (SallAllahu Alyhi wasallam) said: 
"The prayer of Dhu’l-Noon when he was in the belly of the fish: 

A Muslim never calls upon his Lord with these words concerning any matter, but his prayer is answered.” 

(Narrated by al-Tirmidhi, 3505; classed as saheeh by al-Albaani in al-Silsilah al-Saheehah, 1644)

••►It's sunnah to recite this du'aa at times of Anguish. 

(At-Tirmidhi 5/529. Al-Hakim declared it authentic and Ath-Thahabi agreed with him 1/ 505. See also Al-Albani, Sahih At-Tirmidhi 3/168)

Haram Ke Halal ni?

Madre dengar dan baca macam2 komen  org. bila Ustaz Azhar Idrus kata HARAM bagi umat Islam minum air coca cola dan Ribena. Ada yg nak dgr apa kata JAKIM sbb pihaknya lah yg bertanggungjawab mengeluarkan logo HALAL bagi produk2 ni. 
Bagi Madre lbh baik ambil langkah berhati2 dlm bab menjaga makanan dan minuman sbb yg nak ditelan masuk ke dalam perut tu biarlah betul2 Halalan Toiyiba. Sebaik2nya kita tak perlulah banyak sngt soal-jawab....fikir sendiri lah bila dah diberitau oleh org yg lbh berilmu. Lagi pun , ada "berjuta2 lemon" makanan  dan minuman lain yg boleh dilahap giteww(agak kasar). Tak akan mati kalau setakat kita tak minum coca cola dan ribena tu yank oii...

Di atas bumi Allah ni ada banyak  pilihan yg diberi .Makan dan Minumlah Yg Halal dan Toiyiba. Kalau ada yg diragui kehalalannya, lbh baik dijauhi. 
Yang jadi masalahnya ialah kita sendiri taknak kawal nafsu dan selera.......itu saja.
Akibatnya sendirilah merana sebab kalau tengok apa yg terkandung dlm minuman tersebut memang amat menakutkan. Rajin2lah membaca :::::::::::

 


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. wakakaka!!!Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun dulu minum jugak sekali sekala! 
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Wednesday, November 23, 2011

Pyan, Pyan....




Madre sangat terhibur dan rasa berteman bila memandu kereta setiap pagi untuk ke tempat kerja sambil mendengar celoteh pengacara Radio IKIM Siti dan Pyan.Secara tidak langsung Madre telah menjadi peminat setia mereka berdua.hahaha..Motif sangat  makcik ni minat dgn  Pyan lebih bila tau dia tu anak Jowo, kira satu keturunan ler dgn Madre kan3. Bila dah jadi peminat terasa ingin tau juga serba sedikit tentang dia, owwhh..rupa2nya ahli kumpulan Nasyid Saujana..Bagus2!!! Madre suka lagu Keluarga Bahagia  tu...Google2, jumpa blog Pyan ni.. memang ummphh le anak Jowo dari Muar..

Meow!

Welkam to my place.. Hmm mgkn itu yg nk dikatakan kucing bersama 2 ekor anaknya dlm spinner washing machine aku. Adus! Kt situ pn jadik ke? Asal aku dok dkt je dia mula bunyi2 garang dia. Habih tu cmana aku nk basuh baju? Meow

Monday, November 21, 2011

Romantic Foods


Romantic foods are foods that capture the essence of the intimate mood. These are foods that provide a cornucopia of flavors, exciting the taste buds with every bite. Romantic foods are those foods that also take some time to prepare and for the preparer to put some love into the process.
If you want to have a romantic meal then the food is the main center piece. You need to have foods which are highly desirable by almost anyone. These meals and treats are normally delicacies, or foods that individuals eat on only special occasions, rarely or occasionally. Find foods which touch on every taste, and maybe contain some aphrodisiacs.
Source: http://EzineArticles.com
Here is list of the top 12 romantic foods, which will guarantee you a memorable evening with your loved one.
Chocolates

Chocolates: Probably the world's most popular food item, chocolate is one of the most romantic foods. Moreover, it is considered one of the aphrodisiac foods available in the market.
Why does eating chocolate make us so happy? It's a chemical thing. The "food of the gods" contains theobromine, a stimulating alkaloid similar to caffeine. Chocolate also helps the brain produce feel-good serotonin. Be sure to indulge in the dark variety — it contains incredible amounts of antioxidants, whereas milk chocolate is just that: milk and sugar with trace amounts of cocoa. 
  1. Oysters
    Oysters is said to have been the secret behind the success of the legendary Casanova. Not common sights at dinner tables, oysters are specialities for special occasions.These mouthwatering mollusks are the classic aphrodisiac. And, there's research to support it: raw oysters are very high in zinc, which raises sperm and testosterone production, thus increasing libido. Like some fish, oysters contain omega-3 fatty acids, considered to increase one's overall well-being and even fight depression. They are also a source of dopamine. No wonder Casanova ate 50 raw oysters every day.
    What do Cleopatra and Casanova have in common? They both indulged in aphrodisiacs. Raw oysters sucked right out of their shells. Buttery foie gras melting on the tongue. Salty caviar pearls bursting between your teeth. Whether these sexy treats have the magical, mood-enhancing properties ascribed to them or not, it is certain that certain foods boost the immune system and are chock-full of nutrients and vitamins such as B and E that enhance our physical well-being and good looks. After all, isn't attractiveness generally associated with the vibrant skin and fit look that comes from eating a healthy diet? Find out what foods rev your lover's engine!


  1. Ice cream: One of the most popular and romantic food, ice cream is a hot favourite among couples. The flavor itself is so enchanting, that you will not be able to stop yourself from indulging in a bite with you loved ones. 
  2. Nuts: Almonds and Walnuts are traditionally considered symbols of fertility. These are great for a little munching while you get close with your loved one. 

    Almonds


    Almonds were regarded as fertility symbols throughout antiquity. The aroma of almond supposedly arouses passion in females — or so thought the poets and scribes. Alexandre Dumas dined on almond soup every night before meeting his mistress, and Samson wooed Delilah with these tasty nuts. Almonds provide high doses of vitaminE, magnesium and even fiber to improve your general well-being.


  3. Asparagus: These have been for long accepted as a symbol of fertility. Asparagus meals were mandatory for pre-nuptial eating for bridegrooms in 19th century France. Our love affair with this member of the Lily family dates back hundreds of years. Asparagus "stirs up lust in man and woman," wrote English herbalist Nicholas Culpepper in the 17th century. In 19th-century France, bridegrooms were served three courses of the sexy spears at their prenuptial dinner. Apparently for a good reason: asparagus is a great source of potassium, fiber, vitamin B6, vitaminsA and C, and thiamin and folic acid. The latter is said to boost histamine production necessary for the ability to reach orgasm in both sexes.

    Asparagus

    6.Eggs: Though it might seem a bit out of place, but eggs have been proven as genuine aphrodisiacs. Not only plain chicken eggs, but also all kinds of edible variety of eggs fall under this category.
    The egg is one of the most ancient fertility symbols. Eggs are high in B6 and B5, which help you balance hormone levels and fight stress. Raw chicken eggs eaten before sex are considered to enhance one’s libido. But we’re talking eggs of all sorts, fish or fowl. Think of the way caviar gently bursts in your mouth or the delicacy of little darling quail eggs..

    A fried egg


    7.Salads: The best thing about salads is that they are healthy, light and easy to make dish. There is a lot of scope for experimentation with salads and you can make up a salad with whichever ingredients you find at hand. 
8.Pasta: This Italian speciality has found the way into the kitchens in many countries around the world. The main reasons being, it is delicious and can make a very romantic meal. 
9.Coffee: The aroma of coffee is enchanting, the taste is refreshing, and as a beverage coffee is the only item on our list for being a sheer conversation starter.

Avocado

10.Avocados are voluptuous and feminine in shape, but they have also been associated with male sexuality. The Aztecs called the avocadotree "Ahuacuatl," or "testicle tree." The ancients thought the fruit hanging in pairs on the tree resembled the male's testicles. The Spanish, in fact, found avocados so obscenely sexy, that Catholic priests forbade them to their parishioners. The creamy fruit is especially good for pregnant women due to its high content of folic acid, as well as vitamin B6 and potassium. They are also said to boost immune function.

Bananas

11.This shapely and nutritious fruit is a complete meal, loaded with potassium, magnesium and B vitamins. It also contains chelating minerals and the bromelain enzyme, said to enhance the male libido — maybe that’s why Central Americans drink the sap of the red banana as an aphrodisiac, while Hindus regard it as a symbol of fertility. A banana left on a doorstep indicates that a marriage is about to take place. Bananas made an early appearance in the Garden of Eden; according to Islamic myth, Adam and Eve covered themselves not with fig but banana leaves.


Fresh basil

12.This fragrant member of the mint family has an alluring aroma; so alluring, in fact, it can cure headaches. Hint, hint. All kinds of headaches! No wonder the Greeks regarded it as their royal herb. Its botanical name is derived from the Greek "to be fragrant." Basil has a warming effect on the body and promotes circulation. In some parts of Italy, basil is a love-token.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...