"syomellll macam real punyer" Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang timbul pula bayi tiruan. |
Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip dengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.
Anak patung yang dinamakan “reborn babies” ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur.
Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan.
Harganya jangan cerita lah..cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.
Harganya jangan cerita lah..cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.
Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun yang kematian anak menamakan anak patungnya “Abby” dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi,” GIIILAAAAAAAA!
Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.
Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.
Kredit : DailyMail/indah.com
Bagi umat Islam hendaknya jangan mudah terpengaruh. Malaikat rahmat tak akan masuk rumah yang ada patung2 macam ni....tapi malaikat MAUT tetap masuk juga ya!
No comments:
Post a Comment