Saturday, June 11, 2011

Am I True Muslim ?

Oleh: (merong)


Kisah1 
Seorang imam sedang memberi ceramah soal halal dan haram berdasarkan ceramah penyampaian Tuan Ibrahim Tuan Man. Minyak tak boleh bercampur dengan air. Sedikit yg haram boleh mengharamkan yg halal walau yg halal melebihi yg haram.

Kebetulan masjid lama yg digunakan oleh imam tersebut tersangat koman designnya dan dibuat drpd kayu berbanding dgn masjid kampong sebelah pula yg canggih designnya dan besar gahnya.

Ditakdirkan ujian drpd Allah…seorang artis perempuan yg jelas mencari rezeki hanya melalui nyanyian (menjual aurat suaranya) dan terkadang membuka aurat kepalanya dan selalu berpakaian menampakkan susuk tubuhnya menghampiri imam tersebut dan mahu memberi sumbangan RM 1juta untuk membaik pulih masjid tersebut. Imam tersebut mula confuse soal minyak dan air….nafsunya meruntun agar masjid tersebut lebih canggih dari kampong sebelah, tetapi ilmunya berkata minyak tak boleh bercampur dgn air. Apabila nafsu yg menang nafsupun mengajar akal supaya ubahlah ilmu hukum yg asal , sesuatu dari sumber yg haram boleh berubah menjadi harus. Dgn senang hati imam tersebut menerima sumbangan 1juta tersebut dan cuba buat2 lupa tentang ceramah beliau soal minyak dan air.
Kisah 2
Sejumlah org Islam yg lengkap keIslamannya dari segi ibadah, politik dan ekonomi diperkenalkan dgn skim pelaburan yg dikatakan halal oleh pemerintah. Ramai telah memperolehi manafaat drpd skim tersebut. Ada yg beli rumah, kereta, naik haji, sedekah ke masjid, membeli tanah wakaf dan bersedekah. Pendek kata dgn hasil pelaburan tersebut org Islam terasa mereka dapat membuat lebih pahala dan mampu berdiri sama gagah dgn non muslim dari segi ekonomi.
Selang beberapa dekad, terdapat sumber yg jelas menyatakan pelaburan tersebut juga bercampur dgn minyak yaani haram la tu. Nafsu kembali berperang dgn ilmu. Bila nafsu menang, pelaburan tersebut akan diharuskan juga atau paling teruk dihalalkan.
Paling leceh bila mengatakan “ aku tak tau apa-apa (walau dah tau hakikat sebenar) dosa biarlah mereka yg berkuasa tanggung”


SOALAN
Apabila diuji sebegitu sanggupkah :
1. Imam tersebut menolak sumbangan artis tersebut walaupun sedar punca sumbangan tersebut.


2. Pelabur menarik balik pelaburan mereka dan mengasingkan antara yg haram dan halal lantas bertaubat atau tetap mencari cari mana-mana ustaz yg dapat menghalalkan pelaburan tersebut maka dapatlah beliau menikmati hasilnya.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).


Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...