Sunday, February 5, 2012

1Care For Malaysia

Satu sistem insurans kesihatan nasional dimana Kerajaan Persekutuan akan mewajibkan setiap rakyat Malaysia yang bekerja untuk memberi 10 peratus daripada gaji mereka untuk disalurkan kepada skim insurans kesihatan ini. Pemotongan ini wajib dan dipotong seperti KWSP, SOCSO dan sebagainya.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan dalam kertas konsep 1Care adalah, “Malaysia sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, peningkatan kos kesihatan, peningkatan jangkaan orang ramai terhadap mutu kesihatan, perubahan demografik penduduk dan corak penyakit mereka, kebergantungan kepada perkhidmatan yang disubsidi, dan perlindungan yang terhad untuk penyakit yang teruk.”
Persoalannya: 
Apakah jaminan kerajaan apabila pesakit yang mendapatkan rawatan tiada hanky panky (tipu muslihat) disebalik caj-caj tersembunyi yang mungkin akan dikenakan nanti, kena tambah bayar itu ini lagi?
Apa jaminan kualiti kesihatan yang bakal diberikan kepada pengguna produk/skim 1Care ini? 
Dan satu lagi bagi kami dengan pemotongan 10% gaji bagi kami agak tinggi berbanding kelebihan & faedah yang ditawarkan oleh 1Care sendiri.
Siapa disebalik penyedia insuran ini. Siapakah mereka itu?

"1CARE 1MALAYSIA" TOLONG LAAAAA.....

NAMPAK GAYANYA SEKALI LAGI RAKYAT BAKAL MENERIMA HADIAH DARIPADA KERAJAAN. MUNGKIN SEBAGAI SATU CARA MENANGANI BEBAN BEBAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN MENINGKAT @ SEBAGAI SATU LAGI CARA UNTUK KERAJAAN MENDAPATKAN DUIT SECARA MUDAH DARI RAKYAT?

MELALUI SKIM "1CARE", SEMUA RAKYAT YANG ATAU BERPENDAPATAN (BEKERJA) TERMASUK JUGA PESARA KERAJAAN, DIWAJIBKAN MENYERTAI SKIM INSURANS KESIHATAN YANG AKAN DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN KELAK. INI BERMAKNA SETIAP PEKERJA SAMA ADA KAKITANGAN KERAJAAN, SWASTA ATAU GOLONGAN BERPENCEN AKAN TERPAKSA MEMBAYAR SEBAHAGIAN DARIPADA GAJI BULANAN MEREKA KEPADA SKIM INSURANS KESIHATAN INI...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...