Untuk menjaga ketahanan tubuh sepanjang masa menjalankan ibadah puasa, umat islam disarankan memperbanyakkan memakan sayur2an dan buah2an berserat kerana ia dapat menangguhkan rasa lapar sehingga 14 jam.
Dengan pengambilan makanan berserat, ibadah puasa akan jadi lebih khusyuk kerana stamina badan menjadi lebih optima.
Makanan yang tidak disarankan adalah makanan yang banyak mengandung gas. Disamping itu, makanan yang mengandungi banyak santan juga perlu dihindari.
Air pula diperlukan sekurang2nya 2.5 liter atau 10 gelas diminum selepas berbuka puasa hingga waktu sahur.
Sumber:(klik)
Serat tumbuhan, roselle dan bijirin oat adalah antara contoh sumber serat yang baik.
Ini adalah kerana makanan yang berserat tinggi dapat membantu memberi rasa kenyang dan menghindari pengambilan makanan yang berlebihan. Di samping itu, makanan yang berserat tinggi turut melarut dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita. Kadar metabolisme tubuh juga akan dapat dipertingkatkan.
Serat juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan gula dalam darah dan seterusnya membantu proses penghadaman berjalan lancar. Secara puratan jumlah yang sepatutnya diambil adalah sekitar 20 hingga 35 gram sehari.
Serat juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan gula dalam darah dan seterusnya membantu proses penghadaman berjalan lancar. Secara puratan jumlah yang sepatutnya diambil adalah sekitar 20 hingga 35 gram sehari.
Kajian menunjukkan makanan seperti buah epal, barli, kekacang, bijirin seperti oat, gandum dan beras perang amat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Makanan yang tinggi serat juga akan dicerna dengan sempurna secara perlahan-lahan, ia akan membantu mengurangkan kadar serapan gula dalam darah.
No comments:
Post a Comment