Saturday, April 20, 2013

Motif Guna Logo PAS & PKR

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.....
macam manapun pihak DAP mengucapkan terima kasih kepada PAS dan PKR kerana  tetap  memberikan sokongan," kata Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok .
DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU
3:38PM Apr 19 2013
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS
/malaysiakini

Thursday, April 18, 2013

Tudung Punk?


UAI cakap bertudung itu tidak wajib, menutup aurat tu wajib .... fesyen terkini .....

Monday, April 15, 2013

Sila Jangan Terjebak Fitnah

(Klik)
Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:


"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan".
Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".
Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Tuesday, April 9, 2013

Ayat Makan Dalam

Dimana-mana saja sering berlaku kecurian macam tiada kawalan. Kalau di tempat Madre bekerja, kecurian harta benda milik kerajaan macam disengajakan atau memang pekerja dah tak cukup wang perbelanjaan? apapun yang korang berikan alasan,bagi Madre.....hmmmm, nak tanya satu saja soalan..Tak takut ke hukuman Tuhan kalau benar kamu ber IMAN?


Ayat makan dalam.... Apa nak jadi, di rumah Allah pun tergamak nak mencuri...?

Monday, April 8, 2013

Pilihan Di tangan Anda


Oleh: DrHazrul Syazwan,

Saya menonton TV 1, 2, 3 dan juga Astro, serta membaca pelbagai jenis akhbar samaada yang pro kerajaan atau Pakatan Rakyat (PR), serta mendengar radio 
yang pro BN dan pro PR. Saya juga menonton video-video ceramah politik di You Tube dari pemimpin BN dan PR. Berdasarkan pelbagai sumber maklumat, saya telah membandingkan perbezaan pentadbiran antara negeri2 yang ditadbir oleh BN dengan negeri yang ditadbir oleh PR. Saya tidak hanya fokus kepada kekurangan PR yang dipamerkan oleh media2 pro BN, tetapi saya fokus kepada kelebihan dan perubahan yang dibawa oleh PR dalam negeri yang ditadbirnya, walaupun negeri mereka disekat dengan pelbagai cara, contohnya Kelantan yang disekat hak royalti minyak mereka, namun negeri yang ditadbir PR masih boleh berjasa kepada rakyat dengan pelbagai cara. Itu dalam keadaan disekat, apatah lagi jika PR mentadbir Malaysia, sudah tentu pelbagai kebaikan dan jasa yang boleh mereka berikan kepada kita sebagai rakyat. Dan saya menilai dari banyak sudut dan akhirnya saya jauh lebih yakin dengan PR. Pendedahan saya ini tiada sebarang kepentingan, kerana adik beradik malahan saudara mara saya tidak ada seorang pun yang menjadi wakil rakyat samaada mewakili parti BN atau PR. Saya hanya mahu seluruh rakyat Malaysia buka minda dengan melihat dan mengkaji politik Malaysia dari pelbagai sudut dan sumber termasuk memanfaatkan info2 dari halaman politik di Facebook dan website yang berautoriti. Jangan kita sempitkan minda dengan hanya menilai dari sebelah pihak samaada dari media yang pro BN atau PR, tetapi lihatlah dari pelbagai sudut, add lah rakan FB kita dari pelbagai bangsa dan agama, yang menyokong BN atau PR. Ingatlah bahawa, negara ini teramat kaya dengan pelbagai hasil bumi serta aset, jadi kaji lah betul-betul parti yang akan kita undi, 
kerana kekayaan yang kita miliki sepatutnya dinikmati oleh kita semua.
Rasanya komen ni adalah antara luahan hati kebanyakan rakyat Malaysia... (KLIK)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...