Monday, February 25, 2013

Berangan-angan, tak perlu bayar apa-apa

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian, Madre Amor  tak sempat nak  bw  apatah lagi nak menulis blog sendiri. Tapi hari ini entah macam mana tergerak pula hati  nak merayau-rayau walaupun sebenarnya tengah banyak kerja. Layan sjlah sikit masa untuk berangan-angan, bolehlah kan.......???
Weird Houses – These are the compilations of houses around the world that is weird be it about the design or the placement of the houses itself. Some of these houses are lived by people and some of them are opened to the public to visit.
Here are the pictures of the weird houses:

Tuesday, February 5, 2013

Health is Wealth

LATEST CANCER INFORMATION
(from Johns Hopkins)

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY AND ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY …


1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.


11. An effective way to battle cancer is to STARVE the cancer cells by not feeding it with foods it needs to multiple.

What cancer cells feed on:

a.
Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Note: Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt.


b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells will starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and
it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes t o nourish and enhance growth of healthy cells.

To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water--best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines will become putrified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor.

Anger, unforgiving and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

Friday, February 1, 2013

"The Confused Driver"

CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang Bangang (The confused driver)

Bong Nakai (Nakai hendaklah disebut Naka-E) ialah seorang individu berusia separuh abad yang bekerja sebagai pemandu dengan sebuah kompeni milik seorang Inggeris kaya bergelar Tuan Richman (RM). Satu petang Bong Nakai (BN) telah pergi ke ‘airport’ menjemput anak saudaranya yang tiba dari kampung, dengan menggunakan kereta kompeni. Ini bukanlah kali pertama BN berbuat demikian, malah berulang-ulang kali. Agaknya itulah sebabnya orang-orang dari kampung asalnya menyangka BN seorang yang agak “berkuasa”  dalam kompeni”nya” kerana biasanya pekerja begini sahaja yang bebas menggunakan kereta kompeni macam kereta mak bapaknya sendiri.
Setibanya di sebuah simpang berlampu isyarat, BN berhenti dengan agak mengejut. Ini menyebabkan kereta yang di belakangnya tidak sempat brek lalu menghentam kereta yang BN pandu itu dari belakang. Dengan rasa yang penuh cemas lagi marah BN turun dari kereta panduannya itu, lalu meluru ke kereta yang melanggarnya itu untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut. Pada mulanya BN bercadang hendak “menyerang” pemandu kereta tersebut dan menuntut satu gantirugi yang berbaloi.
Wah !  Alangkah terkejut besar BN apabila didapatinya pemandu kereta tersebut ialah Tuan RM, taukeh kompeni tempat dia mencari makan. Dengan serta merta hatinya berubah menjadi kecut kerana menyangka Tuan RM akan marah kepadanya sebab menggunakan kereta kompeni  bagi kepentingan peribadi.
Sori tuan, saya tak sengaja tuan !”  kata BN kepada Tuan RM dengan rasa amat takut lagi bersalah. Takut bukan kerana melakukan kesalahan trafik, tapi takut kerana telah menyalahgunakan kereta kompeni untuk kepentingan peribadi iaitu pergi ke ‘airport’ menjemput anak saudaranya yangmana tidak ada kena mengena dengan urusan kompeni sikit habuk pun.
Oh !  Itu  tidak mengapa. Kamu tidak salah. Saya yang salah sebab saya langgar KERETA  KAMU dari belakang”  jawab Tuan RM dengan penuh rasa simpati sambil menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan dompet duitnya. “Ambil ini wang dan pergi baiki KERETA KAMU ini”  kata Tuan RM dengan telor keinggerisannya, sambil menghulurkan sekeping wang kertas. BN macam tak percaya kepada matanya sendiri apabila angka yang dilihatnya pada wang kertas tersebut ialah RM1000. Belum sempat BN bertanya apa-apa kepadanya, Tuan RM telah beredar dari tempat kejadian dengan sangat tergesa-gesa, tentu kerana beliau ada urusan penting yang perlu dikejari.
Berbagai-bagai spekulasi tercetus dalam fikiran BN. Faktor pertama, kenapa nilai wang yang diberi kepadanya itu amat “menakutkan” dan apa mesejnya. Namun factor yang maha penting ialah perkatan “KERETA KAMU” yang disebut dan diulang sebut oleh TuanRM sebentar tadi. Selepas termenung beberapa ketika menganalisis apa yang “tersurat” maka terlintaslah dalam fikirannya yang bangan itu, kemungkinan maksud mesej yang tersirat.
Terfikir oleh BN “bukanlah suatu yang mustahil bagi kompeni untuk menghakmilikkan kereta yang aku pandu itu kepada aku. Ini merupakan suatu insentif buat aku agar aku lebih bersemangat  untuk bekerja dengan lebih gigih dan rajin. Ini akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dariku.  Akhirnya siapa yang akan untung dengan berlipat ganda kalau bukan kompeni. Jika setiap warga kompeni macam aku, “confirm” kompeni akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Lagipun menghakmilikkan kereta itu kepadaku adalah sejajar dengan dasar Pengswastaan Negara”,  Idea ini disokong kuat oleh sikap amat pemurah yang telah ditunjukkan oleh Tuan RM iaitu sanggup memberinya hingga RM1000 bagi membaiki keretanya itu. Padahal kerosakannya tidaklah seteruk mana pun. Rupa-rupanya prinsip “hak kompeni adalah sama dengan hak milik mak bapak aku” adalah prinsip yang diterimapakai dan dipegangi oleh BN dulu kini dan selama-lamanya.
Beberapa hari kemudian, Bong Nakai pun membawa kereta”nya” yang baru siap dibaiki itu ke tempat kerja. Wah !  gempar besar seluruh warga kerja kompeni tempat BN bekerja itu apabila mereka melihat kereta yang dipandu BN telah bertukar wajah menjadi biru pekat. Sedangkan kereta-kereta kompeni yang lain masih berwarna hijau dulu, kini dan selama-lamanya. BN pun dipanggil oleh Pak Rahmat (PR) yang merupakan ketua pemandu bagi semua pemandu kereta-kereta kompeni. PR minta penjelasan dari BN kenapa perkara sedemikian boleh berlaku atau dilakukan oleh BN. Apakah respon BN ?
Kereta ini kereta saya. Tuan Richman sendiri yang perakui petang tu bahawa kereta itu kereta saya. Jadi suka hati sayalah nak tukar warna ke, tak tukar warna ke. Pak Rahmat sebok-sebok ni kenape ?”
Pagi hari berikutnya menyaksikan perjumpaan empat mata antara PR dan Tuan RM di pejabat Tuan RM. Pada petangnya pula kedua-duanya, BN dan PR pun dipanggil mengadap oleh Tuan RM. “Siapa suruh kamu tukar warna itu kereta jadi biru ?”  tanya Tuan RMdengan hairan tapi sopan.
Oh tuan ! Saya memang sangat suka warna biru sejak dulu, kini dan selama-lamanya” jawab BN dengan spontan, ceria dan penuh sangkaan baik.
Tapi…, itu kereta kompeni. Semua kereta kompeni mesti warna hijau”   respon Tuan RMdengan suara yang agak lembut tetapi tegas.
Tapi tuan … hari tu tuan sendiri ada kata sama saya itu kereta saya yang punya. Tuan juga ada beri saya satu ribu ringgit dan suruh saya pergi baiki kereta saya itu. Lepas baiki itu kereta baki wang itu masih cukup untuk mengenakan cat baru pada kereta itu. Saya pun pilih cat biru pekat metalik tu kerana memang saya lebih suka warna biru dari warna hijau”  jawab BN dengan rasa agak keliru dan kecewa.
Sorry la kerana saya sudah silap itu hari. Itu hari saya sudah salah cakap dan sudah beri lebih wang kepada kamu. Saya ingat itu wang seratus ringgit. Rupa-rupanya ia seribu ringgit” balas Tuan RM kepada jawapan BN. Kemudian Tuan RM berpaling kepada PR(Ketua Pemandu) lalu berkata, “Pak Rahmat boleh bawa itu kereta sekarang, pergi tukar catnya kepada hijau !
Kedua-dua pemandu komperni tersebut pun meninggalkan pejabat Tuan RM dengan perasaan yang berbeza. PR dengan perasaan amat lega kerana telah berjaya menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengan jujur dan tegas bagi membetulkan salahfaham anak buahnya itu. Sebaliknya BN pula dengan penuh kecewa bersungut menyalahkan Tuan RMlalu melabelkan beliau “buruk siku”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...